Thursday, November 17, 2011

Lahirlah Amira Imani ke dunia

Tarikh keramat 11.11.11 dah lepas!!Mr Faisal pegang perut pujuk Baby keluar itu jam gak..Ingat senang ke??Tanggal 15 November 2011, genap 40 minggu kandungan aLiN..Tak ada keluar tanda2 nak bersalin. Contraction memang kerap tapi datang dan pergi..mcm biskut pun ada gak!!Tiba2 aLiN dah tak sedap hati coz dari malam tadi dok asyik sakit perut memanjang..Mama pun dengan rasa penuh 'yakin' ajak Mak & Abah gi klinik panel dulu kat area Wangsa Maju..Yang jadi driver, Mr Kamal!!Taraaa memang tidak dinafikan lagi iaitu dah terbuka 4 cm..Apa lagi terus call Mr Faisal kat ofis...Kami terus bergegas ke Hospital Selayang.

Pengalaman yang tak boleh dilupakan..Hampir2 aLiN kena caesaran sebab jantung baby dah lemah..Alih2 memang baby nk tolong aLiN dia..Baby keluar masa dok bilik Dewan Bedah bukan Labour Room..Alhamdulilah selamat dr dibedah!!
Oleh kerana terlalu lama dlm perut dan hampir2 lemas, baby terpaksa dok kat labour room selama 2 jam utk bantuan pernafasan..
Ini gambar semasa 4 hari dan telah diberikan nama Amira Imani

Friday, September 2, 2011

Seronoknya beraya kali ini..

Alhamdulilah dapat jugak aku berpuasa sebulan (tak payah ganti posa), akhirnya!!Macam biasa setiap tahun memang turn aku untuk beraya di Gombak..Tak payah gaduh2 coz kami tak ada kampung dan tak perlu merasa tersangkut berjam2 untuk pulang beraya di kampung halaman. Kampung kami dekat aje..sorang Gombak dan sorang tu Cheras..Pagi kat Gombak dan tengahari kat Cheras!!

Tahun ini ikutkan malas nak turun ke dapur coz tak larat sesangat tetapi kesian plak coz kekurangan tenaga di dapur.. Menu kami pada pagi raya adalah Sambal Goreng, Rendang Daging (wajib), Kuah Kacang dan Nasi Impit. Tukang masak hanya Mak dan aku..Abah dan Mr Faisal dok hidupkan api kat luar rumah untuk masak Nasi Impit.Nak menyediakan Sambal Goreng kesukaan Mr Faisal ini memang agak susah iaitu bermula dari 11 pg sehingga 7 mlm tau (malam raya).Almaklumlah..nak potong kecik2 kentang, tauhu, tempe, paru..lepas tu nak goreng satu2 plak..then baru boleh gaul semua..memang penat tapi superb.Kebiasaanya memang aku setiap tahun lah menemani Mak untuk masak menu special bagi juadah Hari Raya..Adik-beradik lain kena bergilir-gilir!!

Gambar kami sewaktu hari raya Aidil Fitri 2011...

Mama & Babah di pagi raya

Gambar kami sekeluarga (empat orang). Tahun depan dah lima orang!!

Selepas kami beraya di Cheras

Friday, August 26, 2011

Berbuka puasa di KLCC..

Tahun ini adalah tahun kedua kami berbuka puasa kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)..Kali ini hanya sekali aje kami berbuka puasa di luar tidak seperti tahun-tahun lepas, setiap minggu ada aje voucher 'free' atau jemputan/gathering bersama teman-teman rapat...

Paling best kat KLCC nie adalah kari kepala ikan. Mr. Faisal kata tak pernah2 hotel sediakan kepala ikan yang besar untuk seorang!!Mak aiii..makan tak habis..

Jemput tengok kawan-kawan:






Monday, July 25, 2011

Hari Sukaneka Adam Irfan

Adam Irfan menang 2 pingat (Emas & Gangsa) masa Sukaneka Tadika Al-Haziq pagi tadi (24 Julai 2011). Masa ni, Babah gi out-station seminggu. Adam memang hebat!!

Yaya pun sama-sama ambil bahagian..berlari seluruh padang!!penat nk kejar dia!!

Wednesday, May 25, 2011

Kenangan di ICU & wad 10C, Hospital Selayang (10 – 15 Mei 2011)

Episod dalam hidup yg tak akan lupa sampai bila2 & masih menebal dalam ingatanku..Buat rakan FB, terima kasih kerana sudi menziarahi dan mendoakan saya agar cepat sembuh. Memang diakui, sakit yang tiba2 menyerang (Hypovolemic shock) merupakan dugaan yang amat besar dan hampir meragut nyawa saya dan bayi dalam kandungan ini. Berkat doa semua..saya semakin pulih walaupun masih bleeding sehingga sekarang. Harap2 baby tak ada apa2 dan sihat..Terima kasih buat Mr Faisal kerana banyak berkorban dan sentiasa bersabar dengan karenah saya sepanjang hidup bersama serta byk bersabar melayan karenah anak-anak yang semakin lincah dan nakal. Semua itu made us proud with you sayang dan anugerah Allah SWT yang paling indah buat saya dan anak2. Semoga kehidupan kita dipermudahkan segala urusan di saat dugaan mendatang, dilimpahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehan..


Berdasarkan pengalaman sendiri, Hypovolemic shock merupakan satu keadaan di mana pesakit tiba2 diserang cirit-birit dan muntah (saya kena ke toilet lebih 10 kali)..Badan tiba2 lemah & mata macam nak jatuh!!Badan kita akan dehydrated (kurang air dlm badan). BP masa tu 54/43..Doktor kata pesakit biasanya akan disyaki mempunyai jangkitan kuman, jangkitan paru-paru, denggi H1N1 dan banyak lagi...

So, uols semua jangan lengah2 untuk breakfast dan jangan terlalu stress sgt..

Hopefully ini cuma sebahagian dari pembawakkan budak.. "Setiap anak yang lahir membawa rezeki "..Pendek kata, anak itulah rezeki yang tak ternilai buat kami..InsyaALLAH

Sunday, March 6, 2011

Alahai anak daraku...dahinya kena jahit!!

Pada Ahad petang (13 Februari 2011), kami bawa Yaya ke Klinik Kita, Sentul memandangkan Yaya dah 3 hari batuk berkahak dan selsema. Doktor buat Nebuliser dalam 15 minit tapi masih bunyi lagi. Doktor syorkan ke Hospital Tawakkal...Apalagi, tiba2 gubra plak & nada Doktor tu mcm Yaya serius aje..

Lepas solat Maghrib, packing baju & barang2 apa yang patut..terus berangkat ke HT. Yaya relaks aje, siap pandang2 nurse aje. Selepas 1 jam dan dapat green light drpd Prudential, kami pun check in kat Wad Pediatrik 723-2 (Tempat jatuh lagi dikenang).

Sepanjang dok hospital..Yaya memang tak reti duduk diam tapi yang best bunyi nangis pun tak ada..mcm iklan susu kat TV tu..Yaya Berani!!!Kejap2 ke playground then lari2 masuk bilik..Suara Mama memang tidak asing lagi ke udara...Menjerit...Yaya jgn lari..


Happy betul dia...tangan berbalut tu siap pukul Mama dia lagi kalau lambat buat susu


 
Tgh buat Nebuliser ..setiap 4 jam sehari


Terima kasih kat semua kerana melawat orang sakit tp mcm tak sakit..Yaya. Bila dah 2 hari dok hospital, Mama dia plak yang rasa sakit. Tekak dah mula bengkak dan mula batuk2 (benda yang den tak gomar)..

 
Memang tak boleh duduk diam



Khamis Mama ada kursus di Puncak Alam..So, turn Babah dan Wan jaga plak..Tepat pkl 6.30 dah dengar bunyi tit..tit...tit..Apa lagi bunyi tongkat sakti Babah laa..Siap bawak Adam Otomen dan Wan lagi..Amboi happy Adam Otomen dapat ikut..Kalau ikutkan tak nak bg ikut coz nnt dua askar nie akan berlari2 tak ingat dunia...tp kesian plak tgk dia. Dah seminggu Adam Otomen tak ke sekolah..


Momen yang tak boleh Mama lupakan.Sayu Mama tgk..Ya Allah

Sebelum dijahit




3 hari selepas dijahit..
5 hari selepas dijahit