Wednesday, May 25, 2011

Kenangan di ICU & wad 10C, Hospital Selayang (10 – 15 Mei 2011)

Episod dalam hidup yg tak akan lupa sampai bila2 & masih menebal dalam ingatanku..Buat rakan FB, terima kasih kerana sudi menziarahi dan mendoakan saya agar cepat sembuh. Memang diakui, sakit yang tiba2 menyerang (Hypovolemic shock) merupakan dugaan yang amat besar dan hampir meragut nyawa saya dan bayi dalam kandungan ini. Berkat doa semua..saya semakin pulih walaupun masih bleeding sehingga sekarang. Harap2 baby tak ada apa2 dan sihat..Terima kasih buat Mr Faisal kerana banyak berkorban dan sentiasa bersabar dengan karenah saya sepanjang hidup bersama serta byk bersabar melayan karenah anak-anak yang semakin lincah dan nakal. Semua itu made us proud with you sayang dan anugerah Allah SWT yang paling indah buat saya dan anak2. Semoga kehidupan kita dipermudahkan segala urusan di saat dugaan mendatang, dilimpahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehan..


Berdasarkan pengalaman sendiri, Hypovolemic shock merupakan satu keadaan di mana pesakit tiba2 diserang cirit-birit dan muntah (saya kena ke toilet lebih 10 kali)..Badan tiba2 lemah & mata macam nak jatuh!!Badan kita akan dehydrated (kurang air dlm badan). BP masa tu 54/43..Doktor kata pesakit biasanya akan disyaki mempunyai jangkitan kuman, jangkitan paru-paru, denggi H1N1 dan banyak lagi...

So, uols semua jangan lengah2 untuk breakfast dan jangan terlalu stress sgt..

Hopefully ini cuma sebahagian dari pembawakkan budak.. "Setiap anak yang lahir membawa rezeki "..Pendek kata, anak itulah rezeki yang tak ternilai buat kami..InsyaALLAH