Friday, September 2, 2011

Seronoknya beraya kali ini..

Alhamdulilah dapat jugak aku berpuasa sebulan (tak payah ganti posa), akhirnya!!Macam biasa setiap tahun memang turn aku untuk beraya di Gombak..Tak payah gaduh2 coz kami tak ada kampung dan tak perlu merasa tersangkut berjam2 untuk pulang beraya di kampung halaman. Kampung kami dekat aje..sorang Gombak dan sorang tu Cheras..Pagi kat Gombak dan tengahari kat Cheras!!

Tahun ini ikutkan malas nak turun ke dapur coz tak larat sesangat tetapi kesian plak coz kekurangan tenaga di dapur.. Menu kami pada pagi raya adalah Sambal Goreng, Rendang Daging (wajib), Kuah Kacang dan Nasi Impit. Tukang masak hanya Mak dan aku..Abah dan Mr Faisal dok hidupkan api kat luar rumah untuk masak Nasi Impit.Nak menyediakan Sambal Goreng kesukaan Mr Faisal ini memang agak susah iaitu bermula dari 11 pg sehingga 7 mlm tau (malam raya).Almaklumlah..nak potong kecik2 kentang, tauhu, tempe, paru..lepas tu nak goreng satu2 plak..then baru boleh gaul semua..memang penat tapi superb.Kebiasaanya memang aku setiap tahun lah menemani Mak untuk masak menu special bagi juadah Hari Raya..Adik-beradik lain kena bergilir-gilir!!

Gambar kami sewaktu hari raya Aidil Fitri 2011...

Mama & Babah di pagi raya

Gambar kami sekeluarga (empat orang). Tahun depan dah lima orang!!

Selepas kami beraya di Cheras