Wednesday, April 16, 2014

Selamat Hari Lahir buat hatiku, Alya Irdina Mohd Faisal


Alhamudulilah genaplah umur puteri sulongku, Alya Irdina Mohd Faisal yaang ke-6 tahun (14 April 2014).
Semoga Yaya menjadi anak yg pintar, solehah, berjaya dalam pelajaran..taat akan perintah Allah dan menghormati kedua ibu bapa dan dikurniakan kesihatan yg baik..ameen..

Sempena birthday Yaya nie, kita buat 3 kali sambutan tau (mihmihmih) penat n byk melabur tau..

1. Ahad (13 April 2014)

Kami buat di rumah Mak Gombak. Seperti biasa jemputan telah dikeluarkan melalui Whatsapp Family Haji Suboh untuk datang ke Gombak dan makanan seperti biasa akan dihidangkan dengan penuh kasih sayang (saja2 sbb tau kak yg sulong mesti baca cerita ni..bagi dia jeles sikit). Moh kita tengok menu special dan kek Butter Scotch homemade dari Kedai Kek Bangi (order online tau..klassss jah).

Bila potong kek..semua nama kena sebut wokeiii..nyanyi lagu Happy Birthday..kalu ada 5 budak kecik so 5 kali lah nyalakan lilin dan tiup byk kali..sian lilin itu!!



Nasi Ayam Special dan Tofu Steamed
Part potong kek..Tgk Puan Hajah Badariah sebelah kanan tu
Bila potong kek..semua nama kena sebut wokeiii..kalu ada 5 budak kecik so 5 kali lah nyalakan lilin..sian lilin itu!!
Comel anak2 Mama dan anak2 buah kita...

Part nie lupa turn sapa tiup lilin...tapi yang pasti lebih 4 kali dahhhhh


 2. Isnin (14 April 2014)

Sambut birthday Yaya di Tadika Pertama Ilmu. Untuk penyediaan goodies bag kita sediakan dalam 55 pack..Stress tengok si kecik membungkus goodies tu..buat satu aje..lain2 tu masuk mulut..bila tegur kang sentap pulak..Nasib baik lain2 kakitangan laju dan ok (Abg Adam, Yaya, Ibuk Siti dan Mama)..Untuk kek pulak, kita order tempat yang sama dan rasa yang sama..Kek Butter Scotch sebab sedap


Foto ehsan drpd Cikgu Dayah, Tadika Pertama Ilmu:






3. Sambungan next episod ya sbb ada 2 sambutan..penat dan panjang berjela-jela plak blog nie..





Lawatan tadika Yaya & Adam di sekitar KL


Pada hari Sabtu (12 April 2014) yang lalu, Tadika Pertama Ilmu, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi adakan lawatan di sekitar KL. Tempat-tempat yang dikunjungi Menara KL, Aquaria, Muzium Polis dan lain-lain tempat lagi (tak pasti sebenarnya sebab informer kita aka Abg Adam yang bagi info selalu salah). 

Abg Adam joined sekali (tak malu betul)..mih mih mih..Kalu ikutkan ramai aje budak-budak selain tadika turut join sekali..Baguslah.. Sebenarnya risau di hati sebab Abg Adam dan Yaya selalu tak boleh bersama dan akan bergaduh tetapi kekadang kena berfikiran positif kan sebab takkan nak gaduh depan member2 dia kan? Memang siap bagi nasihat (dah masuk kali ke-10 kot)..Abg Adam jaga Adik ya..jangan gaduh2..Mama & Babah tak ada..Lagipun risau pasal Abg Adam tak boleh kena panas dan berpeluh, nanti dia akan gatal2 dan menggaru..Dah standby krim Moogoo dan pil tahan gatal dalam beg dia..Insya Allah mudah2 an dia ok aje..

Anak2  pagi dah bangun seawal 6.30 pagi. Dah menjadi kebiasaan untuk breakfast dulu sebelum bergerak ke mana2..Dalam pukul 7 pagi, kawan2 & Cikgu2 dah berkumpul dan diberi breakfast Nasi Lemak dan kemudian berkumpul naik bas dan bertolak dari tadika pukul 8.15 pagi..

Jom kita tengok gambar2 lawatan yang telah dikirimkan oleh Cikgu Dayah melalui Whatsapp...