Thursday, May 8, 2014

Ulangtahun Perkahwinan Jai dan aLiN yang ke-9


Episod 3: 

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ni, kita nk sambung cerita sambutan birthday Yaya. Memandangkan tarikh kelahiran Yaya dengan ulangtahun perkahwinan Mama dan Babah (16 April 2005)...So, kami pun sambutlah bersama di rumah kami..

Sebenarnya tidak tau pun Mr Faisal ni order diam2 kek kat Kakak Zetty lagi atau Kedai Kek Bangi (order tempat yang sama)..Tiba2 aje balik dari kerja..anak3 sambut Mama dari pintu dan bisik2 Babah ada order kek untuk Mama..

Mr Faisal dah siap habaq awal2 kat kita..yang kek edible Ana Muslim & Princess Frozen tu untuk kek Amira takut nanti Abg Adam masam muka sebab time birthday Adam ada satu kek aje..tp Yaya punya beli 3 (konon2 lah yea)..Mr Faisal order kek Chocolate Indulgence untuk Anniversary yang ke-9 (mih mih mih) dan  Kek Butter Scotch untuk kek Yaya...Romantik juga ya..siap order pizza lagi..

Alhamdulilah Terima Kasih Yang kerana banyak bersabar dengan kerenah saya yang selalu banyak songeh dan cepat masam muka...semoga kita bahagia di dunia dan akhirat. Love till Jannah..Ameen