Thursday, October 29, 2015

Roti Puri @ Kembung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah lama buat Roti Puri cicah sambal sardin ini. Tapi baru hari ni teringat nak masukkan blog entri. Alin buat roti ini untuk sarapan pagi di Rumah Mak Gombak.  Dulu pernah buat letak yis tapi leceh lah sikit. Resepi kali ini senang dan semudah ABC..Kali buat banyak sikit untuk breakfast sampai ke minum petang (mih mih mih..mmg senang kan)
 
Roti Puri @ Roti Kembung
 
Sumber : Prof Google
 
Bahan-bahan:

Tepung gandum
Garam
Air
Mentega (saya tambah)


Cara-caranya:

1. Masak air dalam periuk sehingga mendidih
2. Letak garam secubit dua dalam air yang mendidih, tutup api dan ketepikan.
3. Kemudian, dalam bekas lain masukkan tepung dalam 4 cawan (agak-agak aje) dan letak mentega 1 sudu.
4. Letak air panas dalam periuk tadi ke bekas yang ada tepung dan mentega.
5. Gaul sehingga sebati (pakai senduk tau sebab panas)
6. Bila dah sebati dan sejuk sikit, baru gaul pakai tangan sampai jadi doh.
7. Aduan tadi kuap balik sehingga dah tak melekat kat tangan.
8. Ambik segenggam jadikan sebiji bola pingpong
9. Gelek-gelek (alaskan plastik) dan leperkan menggunakan roller (saya guna cawan kaca)
sehingga nipis (jangan nipis sangat nanti kembung senang pecah).
9. Panaskan minyak (letak banyak sikit)
10. Masukkan doh dan goreng sehingga kembung dan kekuningan.

Dah siap dan mudah sebab tak payah guna yis pun..Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang sedap makan time panas2 dan terangkat !!!


doh yang telah dileperkan
 
Goreng sampai kembung
 

Roti Puri

 
Menu sarapan kami Roti Puri cicah sambal sardin
 

Monday, October 26, 2015

Amira Jatuh Tangga Rumah Gombak

Semalam Ahad 25hb Ogos 2015, selepas solat Subuh terus buat Nasi Lemak untuk breakfast. Kali ini kita buat sambal nasi lemak banyak sikit kali ini untuk bekalan Mak nanti (Mak yang suruh sebenarnya..kikiki).

Selepas itu, Alin ajak Ibuk, adik dan Yaya ke Ong Tai Kim Danau Kota beli barang-barang basah untuk Mak dan rumah sendiri.. Macam biasa bab2 pergi kedai..anak2 memang happy memanjang sebab dapat beli jajan dengan hati yang girang.

Balik aje Ong Tai Kim, Alin terus masak Ayam Goreng Kunyit letak sayur campur..Biasanya orang yang pertama tukang rasa setiap kali masak adalah Abah..Dia kalau anak no. 5 ni masak..memang tak pernah nak tolak..sendiri dia minta (tau Ayu & Kak Long mesti jeles kikiki..saja bako)..Alin terus hidangkan untuk Abah..Tengok Abah makan nasi lemak sambil latah sayur & ayam..hati rasa sayu sangat..Bila agaknya Abah nk pulih sepenuhnya sebab tengok dia berjalan terhencut2 (minor stroke) sedihnya tapi dia selalu sembunyikan rasa sakit dia..Dia hanya kata badan Abah lemah, Lin.sob..sob..sob..

Biasa lepas masak..Alin selalu akan regangkan kaki sambil check WA dan newfeed FB kat katil..tiba dengar Babah tanya Adam mana adik..Dengar suara Adik n Aqila dari tingkat atas..Babah adik kat atas..Then dengar Babah minta Adam naik atas tengok2 kat adik dan minta bawak turun adik sekali.

Tiba2 dengar macam jatuh..Dengar Adik menangis ..terus Alin kuar..Kak Miza dukung Adik dari anak tangga tu..terus Kak Miza letak kat sofa n terkejut bagitau ada darah banyak kuar...

Alin pula jenis x boleh tengok darah...minta Ibuk tolong tengok kan keadaan Adik..sambil Alin cari kain untuk tutup pendarahan tu. Ya Allah Ibuk kata banyak darah n dalam..Terus Alin minta Babah bawak ke hospital..

Keadaan adik sepanjang dalam kereta perjalanan ke hospital..Dia menangis teresak-esak mungkin sebab dia tengok baju dia ada banyak darah..Berkali-kali tanya kat Ibuk n Mama..nanti elok ya..nnt dia kering ya..nnt dia baik ya..Kami jawab ya adik nanti dia elok ya..adik kena diam nnt ada kuar darah lagi..Sambung lagi..Adik menyalahkan nape Ibuk tak jaga adik lah..Mama tak tengok adik lah..Adam tak pimpin tangan Adik lah ka tangga lah..Ibuk jawab "Kan Ibuk tengah basuh ikan..tangan kotor"..Nape adik naik atas..Dia jawab" Qila lah nie ajak main kat atas"..Semua orang dia salahkan..

Sampai hospital..Mama dukung dia terus petugas tu balut bandage di kepala Adik..Minta Ibuk tunggu sampai Mama buat pendaftaran di Emergency selesai. Then bawa ke Soft Tissue Unit, Dr kata tak teruk mungkin glue or stitches sikit..rasa lega sikit..Kemudian Dr minta kami ke Unit Xray kot2 lah ada darah beku atau retak kat kepala (Nauzubillah min zalik)..Penat juga lah dukung si bam bam ni..kena gilir-gilir dengan Babah dia..


Masa berada di bilik Xray..adik memang beri kerjasama kat staf tu..diam aje..masa dia on mesin tu..kami dok bilik cermin..adik langsung tak bunyi..dia sorang2 aje..Menitik air mata Mama dik..rasa kagum sangat dengan keberanian dia..

Lepas selesai xray..kami guna wheelchair pula tolak adik ke Soft Tissue Unit semula untuk tengok results xray..tapi time tu server down so Dr cakap tak boleh tengok..Tapi dia pesan kalu anak U ada muntah2..ada kuar darah kat mata & telinga cepat2 bawak ke hospital semula..

Then kami ke bilk rawatan di emergency untuk glue..tp staf tu cuci masih berdarah dan luka dalam..Staf tu advice untuk stitches dan minta hanya seorang penjaga aje yang berada di situ..Ibuk volunteer untuk temankan adik..So Mama & Babah tunggu di luar..Sepanjang dia kat bilik rawatan tu..Mama tak putus zikir & doa agar dipermudahkan urusan.. Alhamdulilah tak dengar or bunyi suara Adik langsung..Dalam 15 min mcm tu dah selesai..cepat2 Mama dapatkan dia..Good Girl sayang..sob sob sob..Staf tu kata ada 3 jahtan..lagi seminggu ke buka jahitan tu kat mana2 klinik..

Balik aje rumah Gombak..semua dok menunggu Adik sebab risau tapi si bam bam nie relaks aje dan sambung main dengan sepupu dia..ala hai..

#Alin syak Amira jatuh sebab ada kesan licin minyak gamat di tepi tangga..mungkin sebab itu.. dia tergelincir dan kepala terhantuk di tiang tangga..Nak kata dia tak biasa turun tangga tak juga sebab bilik dia n Ibuk memang kata atas..hari2 ulang alik n turun naik kat umah Bangi..


#Sempat jugaklah update status FB pasal Amira jatuh..terima kasih semua kerana mendoakan kesembuhan untuk Amira..aminnn



tengok darah banyak kat baju


sempat snap pic sebelum kena 'halau'

tak sanggup nak tengok sebenarnya..luka dalam

dah siap dan dapat 'hadiah' 3 jahitan

Tuesday, October 20, 2015

Larian di Tasik Titiwangsa

Pagi Ahad, 17hb Oktober lepas kami anak beranak bangun seawal 5.30 pagi untuk turut serta Larian Enviro Hunt (MASM) 2015 di Tasik Titiwangsa, KL. Nasib baik, Allah permudahkan urusan Mama..senang aje bangun anak2 tanpa ada sebarang bunyi atau meragam. Seumur hidup ini lah kali pertama basuh dan menjemur baju pukul 5.00 pagi kat luar rumah (mih mih mih).

Rupanya ramai pulak Family Hj Suboh join event ini..Angah, Kak Mas, Syamin, Alang, Kak Neng, Adel, Qiqi dan Aleesya.

Flag off dalam pukul 9.10 pagi dan tamat sejam kemudian (ada teka silang kata lagi). Alhamdulilah Amira tidak meragam langsung dan terlebih excited berlari menamatkan larian sejauh 3.2 km. Masa berlari lalu kawasan permainan, Ibuk adik nak main boleh tak? Kita kena abis kan dulu larian baru boleh main..nasib baik mood dia ok dan mengikut kata..kikikiki

Tamat aje larian, Pak Ngah kalungkan medal kat Amira..wah dia senyum dan terlebih mesra pulak ngan Pak Ngah dan Mak Ngah (jarang perkara ini berlaku sbb selalu sombong Adik nie).

Selepas tu, kami terus ke Medan Selera Kg Baru nak breakfast Lontong katanya..Alhamdulilah Alang belanja kami makan..kalau tak mintak double nasi impit..letak sotong lebih tau!!


selfie sat

Amboi main belon..medal x buka

Muka keletihan sangat..

Adik & Mira

Team gugurl
(Dari kiri :Syamin, Kak Mas, Kak Neng, Adel, Bibik Ibuk,  Mama Hebat  dan depan; Aleesya,  Yaya dan Amira)

Team Gagak Berani
(Dari kiri: Abe Jai, Alang, Angah dan depan Qiqi dan Adam)


Pengetua Tadika Pak Kamal kalungkan medal kat Amira