Wednesday, November 6, 2013

Bercuti di Ipoh (Siri 1)


Akhirnya tercapai jugak hajat nak ke Ipoh dan terus ke Lost World of Tambun. Bab hotel dan tiket ke Tambun semuanya dah siap-siap beli online bulan awal bulan Oktober hari tu.

Hari Sabtu, 2 Nov kami gerak dari rumah dalam pukul 10 pg. Niat nk gerak awal sebab takut jam di highway nanti almaklumlah cuti panjang sempena Awal Muharam. Mr Faisal siap on radio untuk dengar traffic info...memang betul lah jam teruk dari Rawang, Sg buloh ke Gopeng.

Mr Faisal planned ikut jalan lama (pasang WAZE yea) dari arah sg buloh, kuala selangor, sabak bernam , bagan datoh terus ke Ipoh..Jalan teruk ..Nasib baik naik MPV kalau tidak..hanya tuhan sahaja yang tahu!!

Sampai bandar Ipoh aje terus cari Hotel The Regency Garden..ingat macam Tambun Inn Hotel sebijk2 bangunannya..tapi shop lot kedai ..boleh lah cuma tak selesa dan kecik untuk kami sekeluarga plus Bibik Siti (walaupun ambil package family room)..Harga semalam pun agak mahal dalam RM 170 then didarabkan dengan dua hari maka jatuh kepada RM 350.00 termasuk tax. Hotel ini senang nak cari..betul2 area Tesco dan Giant.

Selepas bertapa sekejap dan sesi buang apa yang patut..kami terus gerak ke Medan Selera Dato Tahwil Azhar pekena Popia SS Ali yang femes tu..Alhamdulilah sedapnya macam dulu gak rasanya..Gambar aksi makan di medan tersebut terpaksa di delete kan memandangkan ada budak buat perangai!!!Geram!!Tak apa jgn kita spoil mood bercuti yaa kawan2..anggap macam muka lembu kenyang aje!!Then kami nak singgah pasar malam gerbang malam di area situ gak namun hujan agak lebat dan terpaksa lah cancel kan walaupun hajat di hati nakkkk sangatttt usha apa benda yang best untuk dibeli..

Gerai no. 18


Keesokan harinya, Ahad..kami bergerak ke Medan Selera Dato Sagor menikmati dan mengamati betul2 keenakkan Telur Goyang yang telah dipukul canang dan direkomen oleh Mr Faisal (dia pergi masa atas urusan kerja)..

Memang layan beb Telur Goyang tu...Selain itu, roti bakar dan mee kari pun sedap. Ramai betul umat manusia yang bersarapan pagi di sana..Tengok si tecik pun teruja nak makan sebelum dia mengamuk!!!Budak cepat bosan kalu kita dok lama2 pada satu tempat.

Sarapan di Medan Selera Dato Sagor. Menu wajib kena cuba telur goyang
Selepas sarapan kami terus ke Pasar Karat yang selalu dibuka setiap hari Ahad pagi...hari lain tak ada ok!!
Dapat lah kami shopping baju bundle anak2 serba sedikit..cantik dan masih baru.


Pasar Karat

Sebelum ke Lost World of Tambun..kami berhajat nak makan Nasi Ganja yang femes sesangatt tu!!Anak2 dan Bibik Siti duduk dalam kereta sebab sorang tido dan yang lain tu dah kekenyangan!!Nasib kami baik sebab orang tak ramai dan tidak lah beratur panjang2..Nasi ganja memang sedap tapi kita nie jenis tak suka terlalu banyak kuah manakala Mr Faisal memang tu makanan ruji nya..Siannn..So..tekak kita kira kurang sikit lah..Sapa yang suka makan nasi kandar memang nie lah tempat kejadian yang boleh di foursquare kan!!

Nasi Ganja

Untuk episod seterusnya...kita sambungan kepada Siri 2 la yeaa



No comments:

Post a Comment