Thursday, November 7, 2013

Bercuti di Ipoh (Siri 2)


Hari kedua di Ipoh, kami dah standby pukul 11.00 pagi untuk masuk ke Lost World of Tambun. Orang pun masih tidak ramai lagipun kami tidak perlu beratur beli tiket di kaunter sebab kita dah beli siap2 online dan agak jimat tau dalam RM 40.80 dan kanak-kanak RM 34.85. Kalau harga di kaunter Dewasa RM 48, Kanak-Kanak RM 41 dan Kanak-kanak bawah 90cm (FREE). So, kalau nak jimat rajin2 lah ke website Sunway Lost World.

Dulu seingat kita, wristband kena pakai dan perlu bayar RM 10 sebagai deposit. If nak beli barang, minuman dan makanan boleh top up di kaunter wristband dan touch aje sebab ia lebih kepada e-wallet.Sekarang tak perlu lagi pakai wristband ..Jimat duit!!!Sebab kalu kena pakai mau RM 50 melayang (walaupun boleh refund) sebab nak makanan yang jual kat dalam mahal!! 

Locker untuk simpan barangan pun ada. Harga sewa locker ni adalah RM10. Boleh guna banyak kali. Walaupun harganya agak mahal tapi berbaloi lah sebab boleh guna banyak kali. Kami tak pakai locker sebab macam menyusahkan aje bila bab2 nak mengulang ambil barang..Kesimpulannya kami bawak 2 beg galas sangkut di stroller Amira..senang!!!

Masuk sahaja pintu memang kena check beg sebab kat sini memang tak boleh membawa makanan dari luar kecuali air mineral dan susu anak lah..

Me with my loved ones..Mama, Babah, Adam, Yaya & Amira


Kami terus ke Petting Zoo sebab biar penat sikit biar peluh tak ingat then baru berkubang kan...kebabush mandi lah tu. Banyak jugak binatang yang menarik dan yang penting askar2 kita tak cepat bosan!! Ada ular sawa, ular tedung yang agresif, burung kakak tua, iguana, ladang arnab dan macam2 jenis burung dan ayam yang bebas berkeliaran.

Adam tengah tengok kura-kura tu ber ehem ehem (siannn)

Lepas gi Peeting Zoo, kami terus ke kiri iaitu Amusement Park. Banyak permainan boleh main di sini kalu nak main banyak kali sampai muntah pun boleh. Si tecik ni nak main kuda then tak nak turun-turun!!
Selepas penat bermain dan berjalan, kami naik Trem (kena beratur ya..panjang wooo). Trem nie akan bawa kita pusing2 seluruh kawasan Lost World of Tambun..dapat lah tengok Tin Valley dan Swan Valley.


Dan masa yang di tunggu-tunggu oleh askar2 kita adalah kebabush...mandi time..Banyak aksi yang terpaksa dipotong oleh cameraman memandangkan 18SX ya (tak sabar sangat budak2 nk tukar baju mandi)


 
Amusement Park dan Tiger Valley

Dan masa yang di tunggu-tunggu oleh askar2 kita adalah kebabush...mandi time..Banyak aksi yang terpaksa dipotong oleh cameraman memandangkan 18SX ya (tak sabar sangat budak2 nk tukar baju mandi)



Tempat berkubang..ada dua
Amira in action..Lapar betul setelah mandi tak ingat dunia (tak nak naik2 dah)

Ada dua tempat yang kita tak sempat nak singgah iaitu Hot Spring & Spa. Waktu buka nya pun agak lewat dalam pukul 6.30 ptg sehingga 10 mlm. Nak tunggu tapi dah hujan dan askar2 kelaparan dan mengantuk!!

Overall, bagi kita berbaloi je masuk sini dengan harga yang dikenakan dan agak boring lah jika di compare dengan Sunway Lagoon tu..

Keluar dari Lost World of Tambun kami terus cari kedai makan..apa lagi Nasi Lemak Ayam Kampung lah..Sedap dan murah lah sebab udang galah masih RM 7/100 gm..kalau kat KL mau RM 9/100 gm..Sotong pun besar dan murah dalam RM 5/100 gm.




Apa pun kita Njoy bercuti di Malaysia..


No comments:

Post a Comment