Tuesday, January 12, 2016

Bercuti di JB

Percutian kali ni adalah di saat akhir dan booked melalui telefon aje..Biasanya buat melalui Agoda secara online..Mungkin ada hikmah kot sebab kena kerja 21hb tu then dragged 22hb..Alhamdulilah nasib baik available KSL Resort tu..Rezeki anak2 untuk habiskan masa cuti sekolah. X apalah lagipun cuti panjang sambung cuti umum Maulidur Rasul dan Hari Krismas.

Mula2 Jai plan nak bercuti ke Legoland dan Hello Kitty..tapi bajet x seberapa lagipun 2014 dah pergi...Cakap dengan Jai..kita try KSL Resort..orang kata best sebab taman tema Dinosaur...

Kali ini bercuti bawa Ibuk Siti..so tido kena berhimpit sikit lah..tak apa..Akak bawa toto (kikikiki) sebab kita pinjam Hilux Angah..So boleh sumbat semua barang2 kat kabin...cuma hujan agak basah sikit sebab canvas bocor..

Paling happy adalah anak-anak lah sebab berendam lebih lama 3 hari 2 malam..Hotel KSL agak cantik dan taman tema dia memang enjoy..siap ada maskot Dinosaur tiba2 muncul..Lagipun hotel ni sebelahan shopping complex KSL City..Tesco ada Parkson ada..MBO ada..So tak perlu nak pening kepala cari makan..boleh tengok movie mid night lagi..mih mih mih.

Makanan pula Jai sememang tau mana-mana port yang sedap..Tak percaya tengok gambar-gambar kat bawah...












Breakfast Mee kolok dan Lontong kering
di Medan Selera Hutan Bandar

Lunch di Restoran Selera Sambal di Pasir Gudang

Gelagat anak minum air Laici Biru...seronok lah tu


1 comment:

  1. Lin..seronok i tengok anak2 u :)

    ReplyDelete