Thursday, May 8, 2014

Ulangtahun Perkahwinan Jai dan aLiN yang ke-9


Episod 3: 

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ni, kita nk sambung cerita sambutan birthday Yaya. Memandangkan tarikh kelahiran Yaya dengan ulangtahun perkahwinan Mama dan Babah (16 April 2005)...So, kami pun sambutlah bersama di rumah kami..

Sebenarnya tidak tau pun Mr Faisal ni order diam2 kek kat Kakak Zetty lagi atau Kedai Kek Bangi (order tempat yang sama)..Tiba2 aje balik dari kerja..anak3 sambut Mama dari pintu dan bisik2 Babah ada order kek untuk Mama..

Mr Faisal dah siap habaq awal2 kat kita..yang kek edible Ana Muslim & Princess Frozen tu untuk kek Amira takut nanti Abg Adam masam muka sebab time birthday Adam ada satu kek aje..tp Yaya punya beli 3 (konon2 lah yea)..Mr Faisal order kek Chocolate Indulgence untuk Anniversary yang ke-9 (mih mih mih) dan  Kek Butter Scotch untuk kek Yaya...Romantik juga ya..siap order pizza lagi..

Alhamdulilah Terima Kasih Yang kerana banyak bersabar dengan kerenah saya yang selalu banyak songeh dan cepat masam muka...semoga kita bahagia di dunia dan akhirat. Love till Jannah..Ameen













Wednesday, April 16, 2014

Selamat Hari Lahir buat hatiku, Alya Irdina Mohd Faisal


Alhamudulilah genaplah umur puteri sulongku, Alya Irdina Mohd Faisal yaang ke-6 tahun (14 April 2014).
Semoga Yaya menjadi anak yg pintar, solehah, berjaya dalam pelajaran..taat akan perintah Allah dan menghormati kedua ibu bapa dan dikurniakan kesihatan yg baik..ameen..

Sempena birthday Yaya nie, kita buat 3 kali sambutan tau (mihmihmih) penat n byk melabur tau..

1. Ahad (13 April 2014)

Kami buat di rumah Mak Gombak. Seperti biasa jemputan telah dikeluarkan melalui Whatsapp Family Haji Suboh untuk datang ke Gombak dan makanan seperti biasa akan dihidangkan dengan penuh kasih sayang (saja2 sbb tau kak yg sulong mesti baca cerita ni..bagi dia jeles sikit). Moh kita tengok menu special dan kek Butter Scotch homemade dari Kedai Kek Bangi (order online tau..klassss jah).

Bila potong kek..semua nama kena sebut wokeiii..nyanyi lagu Happy Birthday..kalu ada 5 budak kecik so 5 kali lah nyalakan lilin dan tiup byk kali..sian lilin itu!!



Nasi Ayam Special dan Tofu Steamed
Part potong kek..Tgk Puan Hajah Badariah sebelah kanan tu
Bila potong kek..semua nama kena sebut wokeiii..kalu ada 5 budak kecik so 5 kali lah nyalakan lilin..sian lilin itu!!
Comel anak2 Mama dan anak2 buah kita...

Part nie lupa turn sapa tiup lilin...tapi yang pasti lebih 4 kali dahhhhh


 2. Isnin (14 April 2014)

Sambut birthday Yaya di Tadika Pertama Ilmu. Untuk penyediaan goodies bag kita sediakan dalam 55 pack..Stress tengok si kecik membungkus goodies tu..buat satu aje..lain2 tu masuk mulut..bila tegur kang sentap pulak..Nasib baik lain2 kakitangan laju dan ok (Abg Adam, Yaya, Ibuk Siti dan Mama)..Untuk kek pulak, kita order tempat yang sama dan rasa yang sama..Kek Butter Scotch sebab sedap


Foto ehsan drpd Cikgu Dayah, Tadika Pertama Ilmu:






3. Sambungan next episod ya sbb ada 2 sambutan..penat dan panjang berjela-jela plak blog nie..





Lawatan tadika Yaya & Adam di sekitar KL


Pada hari Sabtu (12 April 2014) yang lalu, Tadika Pertama Ilmu, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi adakan lawatan di sekitar KL. Tempat-tempat yang dikunjungi Menara KL, Aquaria, Muzium Polis dan lain-lain tempat lagi (tak pasti sebenarnya sebab informer kita aka Abg Adam yang bagi info selalu salah). 

Abg Adam joined sekali (tak malu betul)..mih mih mih..Kalu ikutkan ramai aje budak-budak selain tadika turut join sekali..Baguslah.. Sebenarnya risau di hati sebab Abg Adam dan Yaya selalu tak boleh bersama dan akan bergaduh tetapi kekadang kena berfikiran positif kan sebab takkan nak gaduh depan member2 dia kan? Memang siap bagi nasihat (dah masuk kali ke-10 kot)..Abg Adam jaga Adik ya..jangan gaduh2..Mama & Babah tak ada..Lagipun risau pasal Abg Adam tak boleh kena panas dan berpeluh, nanti dia akan gatal2 dan menggaru..Dah standby krim Moogoo dan pil tahan gatal dalam beg dia..Insya Allah mudah2 an dia ok aje..

Anak2  pagi dah bangun seawal 6.30 pagi. Dah menjadi kebiasaan untuk breakfast dulu sebelum bergerak ke mana2..Dalam pukul 7 pagi, kawan2 & Cikgu2 dah berkumpul dan diberi breakfast Nasi Lemak dan kemudian berkumpul naik bas dan bertolak dari tadika pukul 8.15 pagi..

Jom kita tengok gambar2 lawatan yang telah dikirimkan oleh Cikgu Dayah melalui Whatsapp...






Tuesday, March 25, 2014

Hello Kitty Town & The Little Big Club di Puteri Harbour sempena cuti sekolah

Hajat ke Hello Kitty ini sebenarnya last minute and not our list pun..Mula2 rancang ke Cameron Higlands tetapi bila pikir balik..anak3 akan bosan pulak. So, saya pun cakap dengan Mr Faisal..Babah, kita pergi Hello Kitty nak?Tiba2 dia kata ok aje..Wah3 gembira di hati bukan main (maknya gembira..anak3 belum tau lagi)...

Kami bertolak dari Bangi..malam Selasa dalam pukul 8.40 mlm..Sebelum gerak lebih jauh..Kami dah order burger 6 ketul untuk makan dalam kereta..Almaklumlah kang kalau berhenti kat RnR nanti..anak3 mintak macam2 dan sudahnya nanti Mama n Babah naik hantu...So, kami pun menikmatilah burger termasuk bibik.

Sampai pukul 11.40 mlm dan terus check-in..kali ni stay hotel bajet di Nusa Bestari murah sikit dan ambil 2 bilik sekali. Alhmadulilah ok dan selesa lah..

Keesokkan harinya dalam pukul 6.40 pagi, saya kejutkan Mr Faisal untuk bangun solat Subuh..tiba2 saya terdengar bunyi Gedebommmm dan bunyi sinki jatuh!!Tgk2 rupa2 Babah jatuh dalam toilet..Nasib baik Mr Faisal ok dan hanya mengalami luka2 kecil sahaja. saya tanya lah lutut Yang ok x? Dia kata ok cuma sakit pinggang aje.. Alhamdulilah (sebab Mr Faisal pakai skru kat lutut pasal ACL). Lantai hotel memang licin bila basah dan kalau kering macam melekit..Dalam fikiran..kena bayar gantirugi tak? Harap2 xbayarlah..Mr Faisal pun slow talk dengan Supervisor Hotel tu dan diaorang bagi gerenti by today akan fixed..

Memikirkan incident yang berlaku, saya bagitau kat Mr Faisal kita canceled  aje gi Hello Kitty sebab takut Mr Faisal sakit kaki..Dia kata ok dan just proceed as planned..Kami gerak dalam pukul 8.00 pg dan sarapan di tepi jalan berhadapan Balai Polis Bukit Indah..sedap nasi lemak..

Habis breaksfat..kami bergerak ke destinasi yang dinanti-nantika..Anak3 sebenarnya tak tau pun tempat itu...Then bila sampai aje..Yaya dan si kecik, Mira tak abis2 kata Tima Acih Mama..Tima Acih Babah sambil lompat2 dalam kereta..Pandai anak3 bagi compliment kat parent mereka..




Atas itu harga tiket masuk ke Hello Kitty dan Little Big Club (LBC) ..kami ambil yang package dan Si Kecik Mira masuk free (jimat hehe)..Sebelum kami masuk sale girl tu siap pesan jangan miss tengok show secara live nanti dan suru refer pada jadual. Bangunan ini ada 3 tingkat..ground floor hello kitty and the rest LBC..


Pic 1-3 HK Cookies Studio dan HK Badge manakala Pic 4 Badtrz sambut kami
di entrance


Pic 1 Costume Dress Up & Photo Studio manakala Pic 2-4 HK's House

Show time: Thomas & Friends ..Barney..HK show


Mainan di LBC tingkat 2 & 3
Overall sangat2 puas hati...play ground dia memang happening..Si Kecik siap tak nak turun setiap kali naik mainan...Satu family boleh enjoy sebab boleh main semua..tapi kalau badan beso muat2 badan aje nak masuk..Dalam pukul 3 ptg baru rasa penat dan LAPAR..makanan kat cafe tu memang mahal2 lah belaka..Sebelum balik kami pergi ke Kampung Lat untuk redeem welcome drink (air free)..tgk menu mak aii..

Kami kemudian bergerak ke Pasir Gudang tempat feberet Mr Faisal aka Abe J semasa dia selalu outstation di JB..Memang mengancam dan menggiurkan..kalah Wong Solo dan Nasi AP kat KL...Harga pun murah dalam RM 8.50 satu set..Lepas menjamah makanan Mr Faisal ajak ke gerai tepi jalan untuk beli Pisang Goreng Cheese..harga untuk set kecik RM 3 dan yang besar RM 5...sedap wei!!

Nanti jap..kes sinki pecah kat hotel tu ehmmm tak bayar bayar ganti rugi sebab memang salah mereka lah..lgpun housekeeping baru, mereka spray pest control itu bukan tepi2 lantai TETAPI semua celah dan tengah2 dia spray..PATUTLAH licin dan melekit...


Pic 1-3 :Restoran Selera Sambal dan Pic 4: Pisang Goreng Cheese




Tuesday, January 28, 2014

Makan-makan di Restoran Sushi King

Jarang kami makan di Restoran Sushi King ini sebab selalu beli sushi kat Jusco aje..Makan pun yang selected aje sebab lidah anak orang Jawa kan..manalah nak lalu sangat telan food half cooked ini.

Tiba-tiba Mr Faisal ajak makan di Restoran Sushi King di Ikano Power Centre aka IPC sebab anak buah kita, Kak Fatin kerja kat sana masa cuti semester baru-baru ini..So dengan harapan yang tinggi boleh lah dapat harga staf (imagined ibarat mata ke atas tangan ke bahu)..

Tgklah Yaya n Adam..main ambil aje sushi yang dok berpusing..
ingat free agaknya

tu dia Kak Fatin


Inilah Kak Fatin anak sulong kakak ku..Sama ke ngan Mak Uda?
Style dia selfie mmg dah trademark hahaha

Amira Imani

Soft crab

ini sedap tp lupa apa namanya

sayang anak Mama..Ibuk tu dari tadi dok menjerling

Alahai bergembira aje mukanya kan