Monday, September 16, 2013

Nasi Arab Mandy

Sempena hari lahir Bonda yang ke-64 pada 8 September 2013 baru-baru nie..Kita buat Nasi Arab Mandy Special untuk Mak..Kami adik beradik tak beli pun kek sebab tau Mak mesti bising..selalu sangat potong kek..Birthday anak ko aje dah banyak potong kek..Sebelum ayat tadi terkeluar dari mulut Mak..aLin pun dah pakat dengan Mr Faisal untuk buat Nasi Arab Mandy..Alhamdulilah licin dan sedap..

Rempah yang kami gunakan produk Rempah Yes Halal Marketing dari Chef Ustazah Wan Habsah (Femes tau ustazah nie selalu kuar masuk tv 1).

Tanpa buang masa jom kita buat step by step:-

1. Cara Memasak saya guna ikut dalam resepi Nasi Arab Mandhy untuk 1 kg (5 cawan berasmathi) tu cuma ayam saya hanya rebus dan panggang dalam 20 minit (ayam tu saya letak rempah kari daging, lada hitam, serbuk kari dan garam).

Sepeket RM 10 
2. Salata Hara @ Tomato Salsa:

Bahan-bahan:
Buah tomato
Daun Ketumbar
Cili Padi
Garam
Jus Lemon @ Cuka
Bawang Besar (dipotong dadu)

Cara Membuatnya:-

Mesin semua bahan tersebut kecuali bawang besar tanpa menggunakan air dan kemudian perah jus lemon.

3. Zabadi (Salad)

Bahan-bahan:

4 biji tomato
4 biji timun
Jus lemon
Daun ketumbar
1 cawan yogurt 
Garam
Gula

Cara Membuatnya:-

Potong dadu tomato dan timun. Selepas itu, masukkan garam, gula dan perahan lemon . Masukkan daun ketumbar. Akhir sekali, masukkan yogurt.



Sunday, September 8, 2013

Shepherd's Pie

Shepherd's Pie




Bahan-bahan agak2 utk 8 orang mkn (Pakai Pembakar aluminium saiz empat segi)
Bahagian Bawah (Inti)
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu (nk sedap pakai Bwg Holland)
  • 1 bungkus daging kisar Ramley
  • 1 tin cendawan dipotong  hiris
  • 1 cawan mix vege
  • 1 biji tomato dipotong kiub
  • 1 kiub stok daging dicairkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh Oregano kering
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa - masukkan hanya apabila sudah masak
Bahagian Atas:-
  • 5 biji kentang USA/Russet sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih - lenyek
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 gelas susu segar suam – kalau tak de boleh guna air rebusan kentang je
  • ½ sudu teh lada putih
  • Sepeket Parutan Mozarella – tabur aje
  •  Serbuk Parmesan secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaitun atau minyak masak dan goreng bawang besar kemudiannya masukkan daging hiris dan goreng sehingga kuning keemasan
  2. Masukkan daging hancur, cendawan , tomato, serbuk lada hitam, oregano, air stok daging dan masak sehingga daging menjadi warna pucat
  3. Masukkan sayuran dan renih sehingga air agak kering – air sekadar menutupi 1/2 bahan gorengan
  4. Masukkan tepung jagung dan apabila telah likat, masukkan garam dan matikan api. Tuang kesemuanya kedalam bekas tahan bakar (casserole) dan padatkannya.
  5. Untuk bahagian atas, potong kentang kecil2 berbentuk kiub  bersama bawang putih dan rebus kedalam air yang sedang mendidih yg telah diletak garam selama 5 minit (lembut)
  6. Toskan kering dan letakkan kedalam mangkuk . Lenyek kentang n bawang putih segera (semasa panas) bersama mentega sehingga benar-benar halus - saya gunakan garfu
  7. Masukkan garam, susu suam dan lada putih dan gaul sehingga gebu
  8. Taburkan keju menutupi bahagian base sebelum meletakkan kentang. Kemudian tutup dengan kentang lenyek pula dan lorekkan dengan garfu di atasnya
  9. Taburkan dengan parutan keju dan serbuk parmesan keatas adunan
  10. Bakar didalam oven pada suhu 170°C) selama 15 minit atau sehingga keju cair dan bewarna keemasan. Sedia untuk dihidangkan 

Thursday, September 5, 2013

Spaghetti Olio

Spaghetti Olio

Resepi ini kita ambil kat myresipi cuma ubah-ubah sikit mengikut selera dan pengalaman yang tak seberapa...Spaghetti ini elok untuk sesiapa yang nak menjaga badan..kolestrol maaa

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning (Holland) – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah/hijau - didadu
  • 1 batang carrot – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano/ parsley kering (Saya letak Italian Herb)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun (saya pakai ½ cawan)
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  4. Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.


Bercuti @ Glory Beach Resort