Tuesday, February 19, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran puteraku..Adam Irfan

Pejam cilik..pejam cilik..Anak sulungku sudah tujuh tahun genap hari ini iaitu 20 Februari 2013..Ingat lagi dulu semasa mengandungkan Adam..Kandungan baru 33 minggu tiba-tiba pagi pukul 5.30 pagi ada keluar tanda darah..Cuak dan mengucap panjang saya..Bila kejutkan Mr Faisal dan bagitau ada darah..dia terkejut dan terus bagitau Mama (kini arwah). Mama cakap itu tanda nak bersalin..Saya mula2 ok aje dan rileks tetapi Mr Faisal dah cuak..Cepat2 saya suruh dia mandi dah solat Subuh dulu..

On da way ke HUKM dari Bukit Mahkota punya jam..almaklumlah waktu puncak orang nak pergi kerja masa tu..Banyak kali juga bagitau kat Mr Faisal jangan panik..saya masih ok dan contraction tak kuat sangat..Sampai di HUKM aje..nurse tu tanya berapa minggu..Bila Mr Faisal cakap 32-33 minggu terus suruh kami balik...dia kata standard lah tu..kadang2 darah kuar bukan petanda bersalin..Bila ayah masuk campur dan cakap baik2 dengan nurse itu..tiba air ketuban pecah...Hah kan dah tanda tu (dalam hati)..Cepat2 nurse tu amik wheelchair..Masuk tempat saringan, Dr. suntik di punggung untuk kuatkan paru-paru baby sebab dia kata kandungan masih awal takut paru-paru baby tak matang!!Alhamdulilah pukul 3 petang masuk labour room..dalam pukul 6 petang lahirlah putera kami yang sulung tanpa sebarang komplikasi...Dengan berat hanya 2.2 kg namun dia sihat dan dibenarkan pulang seperti baby lain...

Kepada Adam Irfan Bin Mohd Faisal..Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-7 sayang..Mama dan Babah berdoa dan memohon kepada ALLAH S.W.T agar Adam Irfan sentiasa diberi kesihatan yang baik, minda yang cerdas serta menjadi anak yang soleh...Hiasilah dunia ni dengan kehidupan yang baik dan amal ibadah yang membawa ke syurgawi...amin...

Sekiranya bila Adam baca blog Mama nie bila dah dewasa nnt...Ingatlah..Mama dan Babah sayang sangat kat Adam..Mama dan Babah marah dan kekadang terpukul kerana inginkan Adam menjadi anak yang mendengar kata dan lebih berdisiplin..





 

No comments:

Post a Comment