Tuesday, October 20, 2015

Larian di Tasik Titiwangsa

Pagi Ahad, 17hb Oktober lepas kami anak beranak bangun seawal 5.30 pagi untuk turut serta Larian Enviro Hunt (MASM) 2015 di Tasik Titiwangsa, KL. Nasib baik, Allah permudahkan urusan Mama..senang aje bangun anak2 tanpa ada sebarang bunyi atau meragam. Seumur hidup ini lah kali pertama basuh dan menjemur baju pukul 5.00 pagi kat luar rumah (mih mih mih).

Rupanya ramai pulak Family Hj Suboh join event ini..Angah, Kak Mas, Syamin, Alang, Kak Neng, Adel, Qiqi dan Aleesya.

Flag off dalam pukul 9.10 pagi dan tamat sejam kemudian (ada teka silang kata lagi). Alhamdulilah Amira tidak meragam langsung dan terlebih excited berlari menamatkan larian sejauh 3.2 km. Masa berlari lalu kawasan permainan, Ibuk adik nak main boleh tak? Kita kena abis kan dulu larian baru boleh main..nasib baik mood dia ok dan mengikut kata..kikikiki

Tamat aje larian, Pak Ngah kalungkan medal kat Amira..wah dia senyum dan terlebih mesra pulak ngan Pak Ngah dan Mak Ngah (jarang perkara ini berlaku sbb selalu sombong Adik nie).

Selepas tu, kami terus ke Medan Selera Kg Baru nak breakfast Lontong katanya..Alhamdulilah Alang belanja kami makan..kalau tak mintak double nasi impit..letak sotong lebih tau!!


selfie sat

Amboi main belon..medal x buka

Muka keletihan sangat..

Adik & Mira

Team gugurl
(Dari kiri :Syamin, Kak Mas, Kak Neng, Adel, Bibik Ibuk,  Mama Hebat  dan depan; Aleesya,  Yaya dan Amira)

Team Gagak Berani
(Dari kiri: Abe Jai, Alang, Angah dan depan Qiqi dan Adam)


Pengetua Tadika Pak Kamal kalungkan medal kat Amira

No comments:

Post a Comment